Wednesday, February 1, 2012

PATAH SAYAP MENCARI ERTI

Aku masih tertanya-tanya,
Apakah kewujudan aku dalam hidup kau membuat kau tidak selesa?? rimas?? terganggu??

Tapi apa salah aku?
Sehingga kau lupa kata-kata janji manis kau suatu waktu dahulu.

Aku sanggup abaikan tawaran kerja,
Aku sanggup abaikan tawaran pembelajaran aku,
Semuanya hanya tidak ingin berjauhan dari kau,
Kerna aku sangka janji-janji manis kau itu semuanya indah,
Tapi disebaliknya yang terjadi.

Dengan sekelip mata,
Kau lesap dari pandangan aku,
Dengan sekelip mata,
Kau tinggalkan aku kesorangan,
Tanpa sebarang penjelasan.

Apakah aku hanya dipergunakan untuk melegakan tekanan fikiran sahaja??
Itu aku tidak pasti,
Kerna aku tidak berani berfikiran buruk terhadap kau,
Kerna aku terlalu menyayangi diri kau WANITA...


No comments:

Post a Comment