Wednesday, April 4, 2012

Hati Seorang Perindu

Terlalu pedih untuk aku terima satu keputusan yang berat hari ini.
Saat gembira antara aku dengannya telah pun berakhir dengan noktah hitam.
Segalanya hanya mampu aku ukir menjadi kenangan.
Berat rasanya hati untuk melepaskan dia pergi.
Tetapi terpaksa aku menerima hakikat.
Tiada lagi panggilan SAYANG dan RINDU dari aku atau dari dia.
Tiada lagi belaian suara sayup membelai tidur aku pabila waktu malam.
Juga pagi aku tidak lagi disambut dengan suaranya yang segar dan manja.
Namun segala cerita hidup telah tertulis.
Tidak mampu aku, seorang insan yang kerdil untuk merubah kehendak yang MAHA ESA.
Segala yang tersirat telahpun dikupas satu demi satu.
Sehingga hancurnya hati seorang perindu.
Kini aku, hanya mampu untuk menabur harapan agar dia sentiasa bahagia dan dilindungi.
Cukup sudah aku melihat air mata sucinya jatuh kerna sikap aku.
Tidak sanggup rasanya lagi melihat dia berduka dengan hanya kerana aku.
Tibalah masa untuk aku menanggung sepi..

GF
Ku akan senantiasa merindui Panggilan SAYANGmu, Ucapan RINDUmu, juga
BELAIAN MANJAmu..